Wednesday, December 29, 2010

backdated : resepi bluEbErry muffin

salam...
ni utk memenuhi permintaan kwn2
el tempek resepi utk dicuba
mudah ja wat muffin ni.. compem jdi wlpon 1st trial ;)




BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam butter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan butter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.


p/s : blueberry tu leh gnti ngn filling2 len e.g pineapple, strwberry, cherries, raspberries.. ikutla taste msing2 ;)
gmbr2 sila rujuk pd entri yg lpas... mlas nk tempek balik =P

No comments:

Post a Comment